WAWANCARA
Teknik Menjawab Soalan
- Menulis wawancara bersifat lebih formal berbanding dengan menulis dialog atau perbualan biasa.
- Elakkan penggunaan loghat tempatan, bahasa pasar, dan singkatan yang sering muncul dalam perbualan biasa.
- Wawancara melibatkan dua orang. Seorang menyoal (pewawancara) dan seorang lagi menjawab (tokoh yang ditemu bual). Pewawancara boleh diberikan panggilan seperti "Editor", "Pemberita", "Wartawan" atau nama orang. Tokoh yang ditemy bual pula boleh terdiri daripada namanya yang sebenar atau panggilan lain seperti "Olahragawan", "Tokoh Guru", "Ketua Pengawas" dan banyak lagi.
- Panggilan yang sopan seperti Tuan, Haji, Encik, Puan, dan Cik haruslah digunakan kepada tokoh yang tidak mempunyai pangkat, manakala gelaran seperti Datuk, Tan Sri, Tun, Y.B., dan gelaran-gelaran lain haruslah digunakan bagi mereka yang berpangkat.
- Anda boleh masukkan pengenalan yang ringkas sebelum menulis wawancara yang selengkapnya.
- Walaupun wawancara terbentuk daripada satu pihak yang bertanya dan satu pihak yang menjawab, soalan-soalan dan jawapan yang dibentuk juga terdiri daripada bahagian pengenalan (ucapkan salam, tahniah dan banyak lagi) diikuti dengan isi-isi wawanacara dan disertai dengan pendapat, nasihat, dan penutup wawancara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan