DIARI / CATATAN HARIAN
Teknik Menjawab Soalan
- Diari juga dikenal sebagai catatan harian yang biasanya dicatat seorang sebelum tidur atau pada masa lapag tentang segala kejadian yang menarik pada hari berkenaan.
- Diari bersifat peribadi dan bahasa yang digunakan juga tidak begitu rasmi berbanding dengan jenis karangan yang lain. Namun begitu, bahasa pasar tidak digalakka memandangkan satu daripada tujuan menulis diari adalah melatih seseorang agar mahir dalam penulisan samping merakamkan peristiwa penting yang berlaku terhadap diri sendiri.
- Lumrahnya hanya peristiwa yang penting atau menarik yang berlaku akan dicatat dalam diari.
- Dari segi struktur, karangan jenis diari mempunyai:
(a) tarikh / hari / waktu
(b) peristiwa yang penting
- Catatan diari dalam satu waktu atau satu hari boleh ditulis dalam satu perenggan.
- Berbeza dengan struktur karangan biasa yang lain, mencatat diari tidak perlu diadakan bahgian pengenalan, isi dan penutup secara jelas. Walau bagaimanapun, catatan itu memiliki pengnalan, isi dan penutupnya yang tersendiri.
- Kebanyakan orang kenamaan atau tokoh terkenal dunia gemar menulis diari. Segala peristiwa penting yang dicatat akan menjadi rujukan pada hari muka seseorang. Dengan kata lain, seseorang pencatat diari haruslah jujur semasa mencata peristiwa dan perasaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan