PENERANGAN / PENJELASAN / HURAIAN
Teknik Menjawab Soalan
- Umumnya, kata "terangkan", "jelaskan", dan "huraikan" membawa maksud memberikan keterangan panjang lebar lagi teratur untuk menjelaskan sesuatu perkara, masalah, pendapat, dan kedudukan. Oleh yang demikian, ketiga-tiga jenis pertanyaan ini digolongkan dalam satu himpunan yang sama di bahagian ini.
- Anda mungkin diminta untuk menerangkan cara-cara menggunakan kemudahan awam dengan kehendak soalan yang berbunyi: "Huraikan faedah-faedah yang akan anda dapati..." (PMR '99) menunjukkan bahawa anda haruslah memberikan penerangan / huraian / penjelasan tentang sesuatu perkara yang ditanya. Frasa "Terangkan pendapat anda itu" (PMR '01) meminta anda memberikan "penerangan" kepada "pendapat" anda pula.
- DEngan kata lain, karangan jenis ini meminta anda memberikan penerangan, penjelasan atau huraian tentang sesuatu perkara yang ditanya dengan sejelas-jelasnya. Jika isi-isi karangan yang anda kemukakan itu kabur, maka anda gagal memberikan penerangan yang diharap-harapkan itu.
- Karangan jenis ini pernah disoal dalam peperiksaan PMR 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan