Teknik Menulis Karangan Cemerlang.
1. Bahasa
Anda mesti menulis karangan dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua orang. Karangan yang cemerlang mempunyai kata-kata yang indah seperti peribahasa.
2. Ayat
- Pastikan anda menulis ayat yang betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Semasa membuat latihan mengarang, sering bertanya kepada guru dan berbincang dengan rakan sekelas anda.
- Cuba hasilkan ayat yang berbagai-bagai ragam seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, ayat aktif, ayat pasif, dan banyak lagi. Cara yang terbaik ialah sejak dari awal-awal lagi anda haruslah berusaha menghasilkan ayat yang berbagai-bagai ragam semasa membuat latihan mengarang yang diberikan oleh guru anda.
- Elakkan menulis ayat yang panjang dan mengelirukan pembaca. Gunakan tanda baca yang sesuai di bahagian tertentu dalam ayat.
- Seperkara lagi yang penting tentang menghasilkan ayat dalam penulisan karangan adalah berbeza dengan penulisan ayat yang biasa. Maksudnya, penulisan karangan tidak berhenti setakat satu ayat sahaja, anda harus menghasilkan beberapa baris ayat yang hasilnya dikenali sebagai "perenggan". Dengan kata lain, anda dikehendaki menghasilkan ayat-ayat yang ideanya berkaitan antara satu sama lain bagi menunjukkan kesinambungan idea.
3. Kosa kata / Perbendaharaan kata
Gunakan kosa kata yang pelbagai dan berkesan agar tidak mengelirukan pembaca. Anda haruslah sentiasa menyemak kamus untuk mempelajari berbagai-bagai kosa kata. Semakin banyak kosa kata yang anda ketahui bermakna anda mempunyai pilihan kosa kata yang banyak semasa menulis karangan kelak.
4. Peribahasa / Simpulan bahasa
Masukkan peribahasa dan simpulan bahasa yang sesuai di mana-mana bahagian perenggan yang sesuai. Seperti juga dengan cara belajar kosa kata, anda haruslah menghafal beberapa baris peribahasa atau pepatah untuk digunakan dalam aktiviti penulisan karangan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan