DIALOG
Teknik Menjawab Soalan
- Perbualan atau percakapan antara dua atau lebih dariapda dua pihak merupakan dialog belaka. Namun demikian, anda dinasihat memberikan tumpuan kepada perbualan antara dua pihak agar hasil dialog anda itu tidak mengelirukan pembaca.
- Dalam perbualan biasa, kedua-dua pihak boleh saling bertanyakan soalan, memberikan pendapat, menyatakan masalah memberi nasihat, cadangan, dan banyak lagi.
- Jika dialog yang dicipta melibatkan dua orang sahabat, dua orang rakan sekerja, antara rakan sekampung ataupun kawan yang baru dikenali di dalam bas atau semasa pertandingan permainan persahabatan diadakan adalah tidak berapa formal.
- Dalam perbualan yang tidak formal maka penggunaan bahasanya juga tidak begitu formal. Singkatan seperti "dah" untuk sudah, "tak" untuk tidak, "ni" untuk ini dan banyak lagi boleh digunakan.
- Anda juga perlu menetapkan nma untuk pelaku yang akan berbual nanti dan mencatatkan isi-isi perbualan yang bersesuaian dengan kehendak soalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan