Carian

Jumaat, 30 November 2012

Hari Kebangsaan Malaysia Yang Ke-53

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-53 tahun, anda telah berpeluang menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan tersebut. Ceritakan pengalaman anda.

                                                                                                                                                                            

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • Ogos 2010 - Hari Kebangsaan ke-53
  • Bapa berjanji membawa kami ke Dataran Merdeka
Isi: 
  • Kami bertolak awal kerana jarak jauh dan mengelakkan kesesakan
  • Letak kereta jauh - banyak jalan ditutup - ayah membawa perakam video - duduk paling hadapan
  • 7.30 mula perarakan - pasukan beruniform - segak sekali
  • Pejuang veteran turut serta 
  • Perarakan kereta berhias oleh sektor korporat
Penutup:
  • Cuaca baik seakan-akan merestui sambutan pada pagi itu
  • Kami berasa gembira kerana dapat merayakannya


CONTOH KARANGAN

Menjelmanya bulan Ogos pada setiap tahun, pelbagai pihak tentunya bertungkus-lumus bagi menjayakan sambutan Hari Kebangsaan Negara kali ke-53 tahun. Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2010 diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Bapa telah berjanji untuk membawa kami sekeluarga ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan perarakan tersebut.

     Sebaik sahaja mengerjakan solat Subuh, saya telah bersiap-siap mengemaskan diri untuk bertolak ke sana. Disebabkan jarak rumah kami ke Dataran Merdeka agak jauh, kami terpaksa bertolak awal pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mendapat tempat yang strategik untuk menonton.

     Sebaik sahaja tiba di sana, kereta kami terpaksa diletakkan agak jauh kerana banyak jalan telah ditutup. Bapa saya telah membawa bersama perakam video untuk merakan detik-detik bersejarah selapas negara kita merdeka selama 53 tahun. Saya dan bapa telah mengambil tempat duduk yang paling hadapan. Kelihatan di pentas utama dif-dif kehormat, iaitu Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan menteri-menteri Malaysia.

     Tepat jam 7.30 pagi, perarakan dimulakan dengan kumpulan pancaragam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria. Diikuti dengan pasukan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut dan Udara, dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia. MEreka semua kelihatan gagah perkasa dengan pakaian seragam masing-masing.

     Yang paling istimewa pada tahun ini ialah kehadiran kumpulan pejuang veteran negara. Kebanyakan mereka telah melebihi usia 70-an, namun masih mampu berjalan sepanjang perarakan demi negara. Selain itu, perarakan kemerdekaan pada kali ini juga disetai kakitangan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran dan pihak swasta serta sektor korporat. Terdapat juga perarakan kereta berhias oleh Petronas yang mempamerkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan negara. Mereka menggunakan pelbagai bunga hidup sebagai hiasan.

     Suasana pagi yang cerah seakan-akan merestui sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53 pada tahun ini. Perarakan berakhir pada jam 10.30 pagi dan semua orang beredar untuk pulang. Kami sekeluarga turut meninggalkan kawasan dataran dengan hati yang cukup puas. Saya berasa gembira sekali kerana dapat menyaksikan Hari Kemerdekaan negara yang ke-53 secara langsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Projek Anak Angkat Anjuran Kementerian Pelajaran

Pada cuti semester yang lalu, anda telah terpilih mengikuti projek anak angkat anjuran Kementerian  Pelajaran. Tulis pengalaman anda semasa mengikuti projek tersebut.

                                                                                                                                                                           

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • Tarikh bertolak dan perasaan apabila terpilih
Isi:
  • Suasana dalam perjalanan - menyanyi gembira
  • Tiba di destinasi - letih tetapi perjalanan yang menarik
  • Berjumpa dengan keluarga angkat masing-masing
  • Tinggal bersama keluarga angkat - pengalaman menarik - mengetahui kehidupan sebenar keluarga nelayan
Penutup:
  • Bertolak balik ke Kuala Lumpur
  • Perasaan berpisah dengan keluarga angkat


CONTOH KARANGAN

Dalam perhimpunan rasmi sekolah, Cikgu Hazni telah mengumumkan tawaran mengikuti program anak angkat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Tawaran tersebut terbuka kepada semua murid sekolah menengah di Kuala Lumpur. Program anak angkat kali ini akan dijalankan di perkampungan nelayan di Kuala Muda di negeri Kedah. Murid-murid sekolah di Kuala Lumpur akan berpeluang mengenali dan merasai pahit maung sebagai seorang nelayan.

     Makluman daripada Cikgu Hazni terlebih dahulu saya sampaikan kepada ayah dan ibu untuk memohon kebenaran. Pelbagai syarat dan nasihat telah ayah berikan kepada saya mungkin kerana baru kali ini saya akan berjauhan dengan mereka. Surat kebenaran telah ditandatangani oleh ayah, saya serahkan kembali kepada Cikgu Hazni selaku penyelaras program.

     Menjelangnya cuti pertengahan tahun 2011, saya bersama tiga puluh orang murif dari pelbagai sekolah di Kuala Lumpur bertolak ke Kedah melalui lebuh raya Utara-Selatan. Perasaan teruja tidak dapat disembunyikan lagi daripada raut wajah masing-masing. Riak kegembiraan menyelubungi suasana di dalam bas ekspres dua tingkat Sani Ekspres.

     Apabila tiba di destinasi, iaitu Kuala Muda, Kedah kami berasa amat letih kerana perjalanan yang jauh, namun hati kami tetap gembira. Kami telah disambut oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Saya, Aimi, dan Dahlia telah dijadikan anak angkat kepada Pak Cik Jamal dan Mak Cik Limah. Mereka mempunyai dua orang anak, iaitu Laila dan Afiq. Selepas itu kami telah dibawa balik oleh keluarga angkat masing-masing.

     Sepanjang lima hari berada di rumah keluarga angkat, saya telah belajar tentang kehidupan seorang nelayan, iaitu bermula daripada peralatan menangkap ikan hinggalah kepada suka duka kehidupan sebagai nelayan. Apa yang dapat saya pelajari ialah walaupun hidup mereka "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", namun kebahagiaan menyelubungi keluarga mereka. Kesempitan kewangan paling ketara, iaitu pada musim tengkujuh setiap tahun. Pada waktu ini mereka terpaksa membuat kerja lain seperti menganyam tikar atau menjual kuih kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan mereka turun ke laut.

     Semasa berada di rumah mereka, saya dapat merasa masakan ikan bakar yang masih segar dicecah dengan air asam, ikan keingm dan keropok. Saya dan dua orang rakan turut membantu Mak Cik Limah membuat keropok dan ikan kering.

     Pada hari terakhir sebelum bertolak balik, saya telah dibekalkan keropok dan ikan kering untuk dibawa pulang. Walaupun masa bersama mereka agak singkat, namun perpisahan kami tetap diiringi dengan air mata kesedihan. Saya berjanji jika masa mengizinkan, saya akan datang lagi ke rumah mereka.

Penceritaan / Cereka 1

Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang daripada bermain bola tampar, anda dan adik anda telaah memetik buah rambutan di sebuah dusun tanpa kebenaran pemiliknya. Anda nyaris-nyaris ditangkap oleh pemiliknya. tulis pengalaman anda itu.

                                                                                                                                                                             

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:

  • Pulag daripad bermain bola tampar
Isi:
  • Bercadang memetik buah rambutan yang berjuntai di sebuah dusun
  • Masuk ke dusun tanpa kebenaran
  • Tiba-tiba pemilik dusun muncul
  • Adik sempat lari - aku terpaku
  • Terjun dari pokok
Penutup:
  • Minta maaf daripada tuan punya dusun


CONTOH KARANGAN

     Setiap tahun apabila menjelangnya musim buah-buahan, memori semasa zaman kanak-kanak pasti menggamit rasa. Kenangan tersebut pada mulanya agak pahit menjadi kenangan indah apabila dikenang semula. Sekembalinya daripada latihan bermain bola tampar di sekolah, aku dan adikku mengayuh basikal dengan longlainya akibat keletihan. Perjalanan dari sekolah ke rumah mengambil masa hampir setengah jam.

     Di pertengahan perjalanan ke rumah, kami melalui kawasan dusun buah-buahan. Rimbunan warna kemerahan di hujung dalam menarik perhatian kami berdua. Kelihatan buah rambutan yang sedang masak ranum di setiap pokok di tepi jalan dusun. Tanpa memikirkan akibatnya, aku mencadangkan adikku untuk memetik buah rambutan bagi mengalas perut yang sememangnya sedang lapar.

     Kami memerhati sekeliling kawasan dusun. Tidak kelihatan kelibat manusia. Tanpa melengahkan masa, aku terus memanjat pokok sementara adikku yang berada di bawah pokok memungut buah rambutan tersebut. Di samping itu, aku dan adik sempat juga makan buah rambutan dengan lahapnya.

     Tiba-tiba kedengaran bunyi seperti ranting kayu dipijak orang. Bunyi tersebut semakin jelas kedengaran. Serentak dengan itu juga adikku melaung "Abang, lari!"

     Aku terpaku seketika. Dalam keadaan tidak keruan itu sempat juga aku melihat semakin seorang tua yang berusia dalam lingkungan 60-an menuju ke arah kami. Tanpa berlengah lagi, aku pun terjun ke tanah dan mencapai basikal kami yang disandarkan pada batang pokok. Aku lihat adikku telah jauh meninggalkanku. Aku mengayuh basikal dengan sepenuh tenaga tanpa menoleh ke belankang lagi.

     Lelaki itu ialah tuan punya dusun. Namanya Pak Akob. Pak Akob terkenal di kampung itu kerana mempunyai dusun buah-buahan yang sangat luas. Apabila tiba di rumah, aku dan adik tercungap-cungap kerana keletihan. Aku bersyukur kerana sempat melarikan diri, walaupun tidak sempat membawa balik sebiji rambutan pun.

     Pada keesokan harinya aku dan adik pergi berjumpa dengan Pak Akob untuk memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Pak Akob memaafkan kami dan menasihati kami agar tidak mencuri lagi. Pak Akob turut menghadiahi kami seikat rambutan untuk dibawa pulang. Pengalaman tersebut mengajar aku agar tidak melakukan perbuatan yang tidak baik. Biarlah peristiwa itu menjadi kenangan untuk diceritakan kepada anak-anakku nanti.

Selasa, 27 November 2012

"Bumi Mana Yang Tidak Ditimpa Hujan"

Kata orang "bumi mana yang tidak ditimpa hujan". Katakan anda sendiri pernah membuat satu kesalahan yang agak serius. Ceritakan pengalaman anda bersabit dengan kesalahan yang telah anda lakukan.

                                                                                                                                                                         

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • Jelaskan maksud pepatah.
  • Berikan satu contoh tokoh agung.
  • Nyatakan tentang kelemahan diri.
Kemuncak:
  • Tertarik dengan gaya hidup bebas.
  • Mula bergaul dengan budak nakal.
  • Belajar berbudi.
  • Hutang, mencuri wang.
  • Ditangkap oleh polis.
Penyelesaian:
  • Dibawa ke balai polis.
  • Berasa malu.
  • Ibu bapa ikat jamin.
  • Insaf akan kesalahan.


CONTOH KARANGAN

Apa yang diujarkan oleh orang-orang tua dahulu bahawa bumi mana yang tidak ditimpa hujan memang tepat sekali. Kalau George Washington, iaitu bekas Presiden Amerika yang tersohor pernah menumbangkan pokok epal kesayangan bapanya dan berniat untuk berdusta dengan bapanya, apatah lagi seorang manusia biasa seperti aku ini.

     Kira-kira enam bulan yang lalu, aku mula tertarik dengan gaya hidup beberapa orang rakan sekampung yang sering ponteng sekolah. Mereka sentiasa kelihatan riang kerana terhibur dengan berbagai-bagai jenis permainan yang menyeronokkan. Oleh itu aku mula bermain daun terup. Sekarang aku didedahkan dengan  pengetahuan bermain bermacam-macam jenis permainan daun terup yang amat menghiburkan hati kami semua.

     Pada mulanya, kami hanya menggunakan tiket bas terpakai sebagai wang pertaruhan. Lama-kelamaan kami mula bertaruh dengan duit syiling berluma dengan lima sen sekali sepuluh ringgit. Alangkah seronoknya perasaanku pada masa itu.

     Entah mengapa pada hari-hari kemudiannya nasib tidak menyebelahiku pula. Disebabkan aku ingin memenangi wang yang lebih banyak, wang pertaruhan kami semakin meningkat. Malang tak berbau, pada hari itu aku bukan sahaja kalah semua wang pertaruhan yang ada padaku, malah telah berhutang sebanyak RM50.00. Tatkala itu, aku bukan sahaja tidak insaf tetapi tambah berani mencuri wang ibuku dari laci almari soleknya untuk membayar hutang tersebut. Sebahagian lagi aku jadikan wang pertaruhan yang baharu.

     Seperti biasa selepas balik dari sekolah, kami berkumpul di belakang rumah usang untuk berjudi. Wah, hari itu nasibku menjadi baik kembali! Semasa aku mengumpulkan wang kemenangan dari meja judi, tiba-tiba ada dalam kalangan rakanku yang berpekik, "Polis! Polis!"

     Dalam sekelip mata, mereka semua lari bertempiaran. Aku hanya terpaku di tempat dudukku tanpa berbuat apa-apa. Akibatnya, akulah satu-satunya kaki judi yang ditangkap oleh polis. Alangkah malunya aku ketika diiringi oleh anggota polis ke balai polis. Semua orang kampung berbaris di tepi jalan melihat gelagat seorang budak nakal ditangkap oleh polis. Setengah jam kemudian, ibu dan bapaku dengan wajah tua sayu pergi ke balai polis, menguruskan ikat jamin untuk membebaskan diriku.

     "Pak, mak, Onn berjanji tidak akan berjudi lagi." Tekadku sambil meminta maaf daripada ibu dan bapaku. Tang menghairankan aku, pada masa itu mereka langsung tidak memarahi aku. Namun, aku dapat merasakan, air mata mereka sedang mengalir ke dalam kolam hatinya.



Isnin, 26 November 2012

Langkah-langkah Menangani Gejala Vandalisme

Gambar di bawah menunjukkan perbuatan vandalisme. Tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah menangani gejala vandalisme. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • vandalisme membawa pelbagai masalah
Isi:
  • didikan awal di rumah dan sekolah - melalui subjek Sivik
  • hukuman berat memberi amaran
Penutup:
  • mesti dibendung sebelum melarat


CONTOH KARANGAN

Jenayah vandalisme sering diperkatakan oleh masyarakat hari ini. Vandalisme membawa maksud perbuatan merosakkan harta benda serta kemudahan awam. Perbuatan seperti ini telah membawa pelbagai masalah kepada masyarakat dan negara. Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan gejala ini daripada terus berleluasa.

     Langkah pertama bagi membasmi masalah ini adalah dengan pendidikan awal di rumah dan di sekolah. Ibu bapa harus menerangkan kepada anak-anak mereka akan kepentingan menghargai kemudahan awam. Di sekolah, melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, pelajar harus diberi maklumat yang betul tentang kesan-kesan negatif daripada perbuatan merosakkan harta benda awam.

     Hukuman yang lebih berat harus dikenakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan perkara ini. Tindakan ini penting untuk memberi peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan merosakkan kemudahan awam merupakan kesalahan yang serius. Penguatkuasaan yang lemah serta hukuman yang ringan tidak akan memberi impak yang diharapkan.

     Kesimpulannya, perbuatan vandalisme ini seharusnya dibendung dari sekarang sebelum ia mudarat. Setiap ahli masyarakat perlu peka akan kepentingan menjaga seta memelihara harta benda awam agar semua orang dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Janganlah kita menjadi seperti kera mendapat bunga yang akan merugikan semua pihak.

Bagaimana Menghormati Warga Emas

Gambar di bawah menunjukkan suasana pada pagi hari raya. Tulis sebuah karangan tentang bagaimana menghormati warga emas. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • tanpa warga tua tiada belia hari ini
  • mereka harus dihormati
Isi:
  • memberikan perhatian kepada mereka - program Ibu Bapa Angkat
  • menjaga mereka setelah mereka kurang berdaya
Penutup:
  • warga emas penting dalam hidup kita
  • harus menyenangkan hati mereka


CONTOH KARANGAN

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Slogan ini sering dilaungkan dalam usaha negara menyemai semangat dalam kalangan belia untuk memajukan negara. Namun, itu tidak bermakna warga emas atau warga tua disisihkan dalam hidup kita. Tanpa mereka tiadalah golongan belia pada hari ini. Warga emas harus mendapat pengiktirafan yang sewajarnya melalui pelbagai cara.

     Kita dapat membuktikan rasa hormat kita kepada warga emas dengan memberikan perhatian kita kepada mereka. Pihak sekolah harus menggalakkan pelajar mengunjungi rumah orang tua-tua. Program Ibu Bapa Angkat wajar diwujudkan bagi mengubat kerinduan warga emas terhadap anak-anak atau cucu-cucu mereka. Melalui program ini pelajar akan dapat menyemai nilai hormat terhadap orang tua.

     Bukan itu sahaja cara kita menunjukkan penghargaan terhadap warga emas. Sebagai anak, kita haruslah menjaga orang tua kita apabila mereka sudah tidak berdaya. Kita haruslah mencurahkan kasih sayang kepada mereka sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka sewaktu kita masih kecil. Hati mereka tidak boleh disakiti walau dalam apa jua keadaan.

     Tuntasnya, warga tua sememangnya amat penting dalam kehidupan kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab, kita mesti berusaha untuk menyenangkan hati mereka agar kita tidak dikatakan bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Gambar di bawah menunjukkan ciri-ciri pelajar cemerlang. Tulis sebuah karangan tentang pelajar cemerlang. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • setiap tahun banyak pelajar cemerlang
  • adakah cemerlang semua aspek
Isi:
  • bukan sahaja cemerlang akademik tetapi taat perintah guru - bersedia sebelum guru mengajar
  • ada kepimpinan - dihormati pelajar lain
  • berdisiplin - aktif kokurikulum
Penutup:
  • perlu cemerlang dalam pelbagai aspek


CONTOH KARANGAN

Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan awam seperti PMR dan SPM diumumkan sudah pasti akan muncul ribuan pelajar yang cemerlangl Setiap individu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan adakah cemerlang dalam semua aspek? Oleh itu, penulis akan mengupas tentang apa yang benar-benar cemerlang dalam erti kata sebenarnya.

     Pelajar yang cemerlang sudah tentu mempunyai sejarah pencapaian akademik yang cemerlang sama ada peperiksaan dalaman atau peperiksaan awam. Bukan itu sahaja, mereka juga merupakan pelajar yang sentiasa taat dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru pada masa yang telah ditetapkan. Hal ini selaras dengan kata-kata pujangga, 'orang cerdik memberi jawapan, orang bodoh memberi alasan'. Mereka juga turut membuat persediaan sebelum guru memulakan pelajaran baru.

     Selain aspek akademik, pelajar yang cemerlang juga mempunyai daya kepemimpinan. Daya kepemimpinan menjadikan mereka seorang yang dihormati oleh rakan-rakan yang lain. Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang akademik dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi akan dilantik oleh pihak sekolah sebagai ketua pelajar atau pengawas sekolah.

     Seorang yang cergas dan mempunyai sahsiah diri yang berdisiplin juga merupakan aspek penting dalam diri seorang pelajar cemerlang. Penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan bahas dan acara sukan menunjukkan mereka seorang yang cergas. Disiplin yang baik seperti menghormati guru, menepati masa dan tidak melanggar peraturan sekolah menyebabkan mereka disenangi oleh semua pihak.

     Konklusinya, pelajar cemerlang yang dihasilkan pada setiap tahun perlu cemerlang dalam pelbagai aspek. Pihak sekolah dan ibu bapa perlu peka akan perkara ini agar modal insan yang kita lahirkan berminda kelas pertama seperti yang diuar-uarkan oleh bekas Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

Sabtu, 24 November 2012

Kepentingan Keperluan Asas Kepada Manusia

Gambar di bawah menunjukkan kemudahan asas dalam hidup kita. Tulis sebuah karangan tentang kepentingan keperluan asas kepada manusia. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • makanan sebagai keperluan asas
Isi:
  • makanan sebagai sumber tenaga
  • ilmu pengetahuan sebagai panduan hidup
Penutup:
  • jangan keterlaluan dan membazir


CONTOH KARANGAN

Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan, ujaran ini sering kita dengar kerana makanan merupakan salah satu keperluan asas kita untuk hidup. Keperluan asas yang lain ialah minuman, rumah, pakaian, dan ilmu pengetahuan. Mengapakah kita memerlukn segala keperluan asas?

     Kita memerlukan segala keperluan asas seperti makanan dan minuman untuk meneruskan hidup seharian. Jika kita tidak mendapat makanan dan minuman selama 14 hari maka kita akan mati kebuluran. Makanan dan minuman akan memberi kita kita kudrat untuk belajar dan bekerja sepanjang hari.

     Selain itu, untuk meneruskan hidup secara sempurna kita memerlukan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang berguna akan memandu kita ke arah jalan yang betul dari segi agama dan undang-undang.

     Konklusinya, keperluan asas penting untuk hidup dengan sempurna. Janganlah kita bersikap keterlaluan, terutama semasa makan kerana akan secara berlebihan selain daripada membazir akan membawa implikasi terhadap kesihatan. Tuhan juga membenci mereka yang bersikap membazir.

Rabu, 21 November 2012

Kepentingan Seni Mempertahankan Diri

Gambar di bawah menunjukkan seni mempertahankan diri. Tulis sebuah karangan tentang kepentingan seni mempertahankan diri. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • dahulu sebagai alat untuk berjuang
Isi:
  • kegiatan riadah yang sihat - gerakkan semua otot
  • pelindung waktu kecemasan
Penutup:
  • tidak harus diketepikan
  • harus dipertahankan


CONTOH KARANGAN

Pada zaman dahulu ilmu seni mempertahankan diri merupakan senjata utama untuk berjuang menentang seteru atau melindungi keselamatan diri serta keluarga. Dengan perkembangan teknologi, seni mempertahankan diri tidak lagi digunakan untuk bertempur semata-mata. Kini, seni ini turut berfungsi sebagai salah satu aktiviti riadah yang digemari ramai.

     Antara kepentingan seni mempertahankan diri ialah kita boleh menjadikannya sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan. PErgerakan serta langkah yang menjadi elemen seni mempertahankan diri mampu menggerakkan semua otot tubuh kita. Seni mempertahankan diri 'tai-chi' sebagai contoh amat popular dalam kalangan masyarakat kini.

     Pengetahuan asas dalam seni mempertahankan diri mampu menjadi pelindung kepada kita dalam situasi yang mendesak. Peningkatan kes ragut, samun, dan rogol pada masa ini menuntut kita agar lebih berhati-hati dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri.

     Seni mempertahankan diri menjadikan kita berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan seharian.

     Kesimpulannya, seni mempertahankan diri tidak harus diketepikan kerana amat relevan dengan kehidupan kita pada hari ini. Kita harus mempertahankannya agar seni yang unik ini tidak pupus ditelan zaman dan terus segar bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 

Kepentingan Internet Kepada Pelajar

Jadual di bawah menunjukkan taburan frekuensi keseronokan terhadap komputer. Tulis sebuah karangan tentang kepentingan Internet kepada pelajar. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Taburan Frekuensi Keseronokan Terhadap Komputer


RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • manusia berlumba mengejar maklumat
Isi:
  • memudahkan pelajar mendapatkan maklumat
  • memudahkan urusan sesuatu permohonan
Penutup:
  • kita harus merebut peluang agar tidak ketinggalan


CONTOH KARANGAN

Informasi amat penting dalam era moden ini. Sesiapa yang menguasai dan memiliki banyak informasi maka merekalah yang paling berkuasa. Oleh itu, manusia berlumba-lumba mengejar informasi. Sumber informasi paling mudah diperoleh melalui sistem perhubungan yang tiada hadnya atau lebih popular dengan istilah Internet.

     Internet amat berguna dalam usaha kita menambahkan ilmu pengetahuan. Selain ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru di dalam bilik darjah, kita boleh melayari Internet untuk mendapatkan informasi tambahan. DEngan informasi tambahan kita akan lebih berjaya berbanding pelajar-pelajar lain yang hanya bergantung kepada buku teks. Terdapat banyak laman web yang sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah seperti Portal Pendidikan Utusan Malaysia dan tutorial.com.my.

     Dengan adanya Internet, urusan permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga bertambah mudah. Selain daripada data terperinci tentang kursus-kursus yang ditawarkan, pelajar-pelajar juga boleh mengisi borang permohonan secara talian terus. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar tidak perlu menunggu akan keputusan permohonan kerana mereka boleh menyemaknya dengan melayari Internet.

     Pendek kata, memang banyak kelebihan yang diperoleh apabila kita mahir menggunakan Internet. Kita mestilah berusaha untuk meraih segala peluang yang ada kerana yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.

     


Ahad, 18 November 2012

Faktor Tarikan Kunjungan Pengguna ke Perpustakaan

Lihat gambar di bawah. Tulis sebuah karangan tentang faktor tarikan kunjungan pengguna ke perpustakaan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • membaca jambatan ilmu
  • banyak perpustakaan disediakan
Isi:
  • pelbagai bahan bacaan
  • keselesaan di perpustakaan - mempunyai kemudahan Internet
Penutup:
  • buku sebagai sumber ilmu


CONTOH KARANGAN

Membaca Jambatan Ilmu merupakan kata-kata hikmat yang sering tertera di mana-mana perpustakaan. Perpustakaan merupakan sebuah tempat yang menempatkan pelbagai pilihan buku kepada para penggemar ilmu. Galakan daripada pihak kerajaan sendiri ke arah membudayakan amalan membaca adalah dengan penubuhan perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak.

     Antara faktor peningkatan pengguna sesebuah perpustakaan ialah kepelbagaian bahan bacaan yang terdapat di sana. Setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza. Kanak-kanak sudah tentu meminati buku cerita fiksyen dan bukan fiksyen. Manakala golongan dewasa inginkan pilihan buku seperti buku masakan untuk suri rumah, novel untuk golongan remaja dan buku ilmiah untuk golongan profesional.

     Selain itu, faktor keselesaan yang terdapat di perpustakaan tersebut juga menjadi daya tarikan kepada pengunjung. Pengguna perpustakaan tentunya selesa sekiranya perpustakaan tersebut berhawa dingin. Mempunyai kemudahan Internet tutrut memudahkan orang ramai dalam pencarian maklumat, terutama pelajar sekolah dan IPT. Pendek kata, kemudahan yang ditawarkan mampu menarik kunjungan pengguna ke sesebuah perpustakaan.

     Kesimpulannya, menjadikan buku sebagai pendamping yang setia tidak akan merugikan malah memberi kita ilmu yang berguna. Pihak kerajaan secara umumnya dan pihak berkuasa tempatan secara khususnya perlu menaik taraf perpustakaan yang terdapat di negara ini sebagai langkah menarik pengunjung.

Cara Menangani Kesesakan Jalan Raya

Pelan di bawah merupakan pelan Bandaraya Kuala Lumpur. Tulis sebuah karangan tentang cara menangani kesesakan jalan raya. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • berlaku di bandar besar
  • dapat dielak dengan pelbagai alternatif
Isi:
  • gunakan pengangkutan awam
  • memindahkan tumpuan orang ramai
Penutup:
  • dapat diatasi dengan kerjasama orang ramai dan kerajaan


CONTOH KARANGAN

Kesesakan jalan raya sering berlaku di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Faktor kemampuan masyarakat hari ini memiliki kenderaan sendiri menyumbang kepada kesesakan di jalan raya. Namun, kesesakan di jalan raya dapat dielakkan melalui beberapa alternatif.

     Cara pertama yang dapat dilakukan bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya ialah menggunakan kemudahan awam seperti bas, LRT, dan monorel. Dengan cara ini, jumlah kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan dan kita tidak akan terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang membosankan.

     Selain itu, memindahkan tempat tumpuan orang ramai ke tempat lain juga dapat menangani masalah kesesakan jalan raya. Contoh yang dapat kita lihat ialah perpindahan pusat pentadbiran kerajaan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya telah berjaya mengurangkan fokus orang ramai ke Kuala Lumpur. Begitu juga dengan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang terletak di Sepang, Selangor.

     Kesimpulannya, kesesakan jalan raya dapat ditangani sekiranya mendapat kerjasama daripada orang ramai dan pihak kerajaan seperti slogan "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh."



Sabtu, 17 November 2012

Usaha-usaha Memajukan Perusahaan Makanan Tradisional

Jadual di bawah menunjukkan perusahaan keropok yang dihasilkan. Tulis sebuah karangan tentang uasaha-usaha memajukan perusahaan makanan tradisional. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jenis Keropok Keping & Kuantiti Dihasilkan


RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • negara kaya dengan pelbagai makanan tradisional
Isi:
  • memudahkan proses pinjaman
  • membantu mereka memasarkan produk
Penutup:
  • kemajuan perusahan ini akan membantu meningkatkan ekonomi


CONTOH KARANGAN

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang berasal dari pelbagai negeri. Antara makanan tradisional yang popular di Malaysia ialah dodol, baulu, dan lemang. Makanan ini turut mendapat sambutan di luar negara. Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mengkomersilkan makanan tersebut bukan sahaja di dalam, malah ke luar negara.

     Anatara usaha efektif adalah dengan memudahkan proses pinjaman modal kepada pengusaha-pengusaha kecil makanan tradisional agar mereka mampu membesarkan saiz perusahaan mereka. Syarat-syarat pinjaman haruslah dilonggarkan agar lebih banyak pengusaha kecil layak menerima pinjaman. Kesukaran mendapatkan pinjaman menyebabkan perniagaan tidak dapat dikembangkan.

     Agensi-agensi yang berkaitan perlu memberi bantuan dari aspek pemasaran. Bantuan dalam memasarkan produk mereka amat penting dalam meningkatkan penjualan. Mereka patut diberi ruang untuk memasarkan produk mereka sama seperti para pengusaha makanan yang sudah terkenal agar mereka juga akan mengecapi keuntungannya.

     Pendek kata, banyak lagi usaha yang boleh dilakukan dalam memajukan industri makanan tradisional. Kemajuan dalam perusahan makanan tradisional akan membawa keuntungan kepada ekonomi negara. Sehubungan itu, sikap di mana ada kemahuan, di situ ada jalan perlu ada dalam diri semua pengusaha makanan tradisional agar kejayaan yang diimpikan menjadi realiti.

Faktor Pemilihan Sesebuah Rumah Kediaman

Pelan di bawah merupakan pelan sebuah rumah. Tulis sebuah karangan tentang faktor pemilihan sesebuah rumah kediaman. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • pelbagai jenis rumah ditawarkan
Isi:
  • lokasi yang sesuai
  • kemudahan prasarana yang pelbagai
  • keadaan rumah yang sempurna
Penutup:
  • rumah merupakan keperluan
  • banyak faktor yang perlu diambil kira


CONTOH KARANGAN

Rumah kediaman yang lengkap dan selesa menjadi idaman semua manusia. Kini, terdapat pelbagai jenis rumah yang ditawarkan oleh pihak pemaju perumahan daripada yang berharga puluhan ribu hinggalah ratusan ribu. Contoh rumah yang ditawarkan ialah rumah kos rendah, rumah teres, banglo, apartmen dan kondominium. Pembelian sesebuah rumah bergantung kepada beberapa faktor.

     Faktor utama pembelian sesebuah rumah ialah lokasi rumah tersebut. Setiap pembeli sudah tentu inginkan rumah yang berdekatan dengan tempat kerja. Hal ini tentunya akan memudahkan mereka berulang-alik ke tempat kerja sekali gus menjimatkan kos pengangkutan. Kawasan yang tidak terlalu sesak juga menjadi pilihan utama pembeli.

     Selain itu, kawasan yang mempunyai kemudahan yang lengkap dengan pelbagai infrastruktur turut menjadi keutamaan. Kemudahan seperti jalinan jalan raya, hospital, sekolah, bank, dan sebagainya menjadi pilihan pihak pembeli. Jarak rumah yang ingin dibeli dengan kemudahan di kawasan tersebut amat dititikberatkan.

     Keadaan rumah tersebut juga perlu berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh oihak pemaju perumahan. Sering kali berlaku rumah yang dibeli berlaku kerosakan seperti dinding retak dan lantai mendap. Oleh itu, pihak pembeli perlu berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan janji manis penjual.

     Kesimpulannya, rumah merupakan keperluan bagi semua orang. Namun, jika ingin membeli rumah perlu mengambil kira beberapa faktor agar tidak menyesal pada kemudian hari seperti pepatah alah membeli, menang memakai. Rumah idaman keluarga sudah tentunya menjadi Rumahku, Syurgaku.

     

     




Keselamatan di Sekolah Pada Waktu Kebakaran

Pelan di bawah ialah pelan sebuah sekolah. Tulis sebuah karangan tentang keselamatan di sekolah pada waktu kebakaran. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • banyak kes kebakaran kerana cuai dan tiada langkah keselamatan
Isi:
  • sediakan pelan keselamatan
  • mengadakan latihan kebakaran
Penutup:
  • sekolah harus ambil berat soal keselamatan


CONTOH KARANGAN

Belakangan ini kita sering didedahkan dengan kes-kes kebakaran yang mengakibatkan kemalangan jiwa serta kerugian harta yang banyak. Malapetaka itu terjadi akibat kecuaian dan tiada langkah-langkah keselamtan yang jitu. Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak sekolah harus proaktif bagi mengelakkan kemalangan tersebut berlaku di sekolah.

     Langkah pertama yang harus diambil adalah dengan menyediakan pelan keselamatan sekolah. Pelan ini berfungsi sebagai panduan kepada pelajar-pelajar, guru-guru serta kaki-tangan untuk menyelamatkan diri mereka jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pelan tersebut mestilah mudah difahami oleh semua yang melihatnya agar tidak timbul kekeliruan yang boleh mengancam nyawa serta harta.

     Seterusnya, latihan kebakaran wajib diadakan agar semua yang terlibat dapat mempraktikkannya dengan efektif. Latihan tersebut perlu diadakan dengan kerap bagi memastikan kelancaran pergerakan jika berlaku kecemasan. Pihak sekolah boleh menjemput pihak yang berkuasa seperti pihak bomba untuk memantau latihan tersebut.

     Tuntasnya, slogan cegah sebelum parah haruslah menjadi pegangan pihak sekolah bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Dalam perkara yang melibatkan nyawa, sikap acuh tak acuh perlu dibuang jauh-jauh agar kita tidak menyesal pada kemudian hari.

Kebaikan Perubatan Menggunakan Herba

Gambar di bawh menunjukkan hasil produk tempatan. Tulis sebuah karangan tentang kebaikan perubatan menggunakan herba. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • perubatan semakin canggih
  • perubatan tradisional - tumbuhan herba
Isi:
  • kos lebih murah dan mudah diperoleh
  • mengubati penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden
Penutup:
  • manfaat kepada masyarakat
  • galakan kerajaan


CONTOH KARANGAN

Kemajuan perubatan di negara kita semakin canggih sama ada perubatan secara moden yang dilengkapi pelbagai alatan sofistikated. Begitu juga dengan perubatan secara tradisional yang turut menggunakan tumbuh-tumbuhan herba sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit.

     Antara kebaikan perubatan secara tradisional ialah kos perubatan yang lebih murah jika dibandingkan dengan perubatan secara klinikal. Bahan-bahan perubatan diperoleh dari kawasan tempat tinggal kita. Sebagai contoh, daun belimbing buluh boleh dijadikan ubat darah tinggi, daun misai kucing dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, daun bunga raya putih pula dapat menurunkan kepanasan demam.

     Selain itu, perubatan tradisional merupakan perubatan alternatif kepada perubatan moden. Kadang-kadang terdapat penyakit yang tidak dapat diubati dengan perubatan moden seperti santau. Oleh hal yang demikian, pengamal rawatan tradisional yang dikenali sebagai bomoh atau tabib akan dirujuk oleh pihak pesakit.

     Kini, pihak kerajaan telah menyedari akan kebaikan ubatan tradisional dan menyokong industri ubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan herba. Industri ini diharan akan terus berkembang demi kesihatan sejagat.

Jumaat, 16 November 2012

Langkah-langkah Membantu Orang Kurang Upaya (OKU)

Gambar di bwah menunjukkan aktiviti Orang Kurang Upaya (OKU). Tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah membantu Orang Kurang Upaya (OKU). Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.




RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • bukan semua orang sempurna
  • jangan pinggirkan OKU
Isi:
  • OKU diberi peluang menerima pendidikan khas
  • peluang pekerjaan yang sama - agar tidak dipinggirkan
Penutup:
  • OKU turut menyumbangkan untuk negara

CONTOH KARANGAN

Bukan semua orang dilahirkan dalam keadaan yang normal seperti kebanyakan orang lain. Ada antara kita yang dijadikan oleh Tuhan dengan dilahirkan kekhilafan. Golongan yang digelar Orang Kurang Upaya (OKU) ini tidak harus kita pinggirkan dalam kita sibuk mengejar kecanggihan teknologi kini.

     Sebagai masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab kita haruslah membantu golongan ini menikmati hidup yang sama seperti mereka yang normal. Mereka harus diberi peluang untuk menerima pendidikan yang sempurna agar mereka dapat menuntut ilmu dan seharusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan ialah menyediakan kelas-kelas pendidikan khas di kebanyakan sekolah.

     Selain itu, pihak majikan harus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada OKU. Hal ini kerana OKU sememangnya terkenal dengan kemahiran dan ketekunan dalam melakukan sebarang pekerjaan. Gaji yang ditawarkan mestilah sama dengan gaji yang diberikan kepada pekerja-pekerja yang normal agar OKU tidak berasa mereka dipinggirkan.

     Kesimpulannya, OKU mampu untuk memberi sumbangan dalam arus pembangunan negara kita. Mereka harus diberi ruang yang luas agar mereka dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain yang sempurna sifatnya.

Persediaan Yang Perlu Dilakukan Dalam Menghadapi Banjir

Gambar di bawah menunjukkan suasana ketika banjir berlaku. Tulis sebuah karangan tentang persediaan yang perlu dilakukan dalam menghadapi banjir. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • banjir pada setiap tahun
  • musim hujan dan perparitan tidak sempurna
Isi:
  • kerajaan menyampaikan maklumat terkini - melalui radio, televisyen, dan akhbar
  • kawalan ibu bapa - tidak membenarkan anak mereka keluar rumah
Penutup:
  • bertindak awal kurangkan kemalangan

CONTOH KARANGAN

Saban tahun kita dikejutkan dengan berita tentang bencana banjir. Malapetaka ini bukan sahaja berlaku di negeri-negeri di pantai timur, malah turut melanda di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Shah Alam. Banjir yang melanda disebabkan musim hujan yang panjang dan ada juga berpunca daripada sistem perparitan yang tidak efektif. Banjir pada tahun 2007 mencatatkan sejarah paling buruk di negeri Johor, Pahang, dan Kelantan. Pelbagai langkah boleh dilaksanakan bagi mengelakkan masalah ini menjadi lebih buruk.

     Langkah paling utama ialah pihak kerajaan haruslah memberi maklumat yang berkesan. Saluran media seperti televisyen, radio dan akhbar boleh digunakan sebagai wadah oleh kerajaan dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang berguna kepada orang ramai tentang cara-cara yang paling berkesan untuk menyelematkan diri dan harta benda. Pihak berkuasa tempatan juga boleh menjelajah ke pelosok kampung bagi meningkatkan ilmu masyarakat tentang masalah banjir.

     Bukan itu sahaja, malah ibu bapa selaku pemimpin keluarga mesti bertanggungjawab mengawal anak-anak mereka daripada bencana banjir. Ibu bapa tidak harus membenarkan anak-anak mereka keluar rumah ketika banjir melanda. Sering kita mendengar tentang mangsa banjir yang terdiri daripada kanak-kanak yang bermain air ketika banjir. Kemalangan jiwa yang sia-sia ini dapat kita hindari jika kita mengambil sikap beringat sebelum kena.

     Tuntasnya, kemalangan jiwa dan kerugian harta benda dapat kita kurangkan sekiranya segala langkah awal dilaksanakan. Semua pihak yang berkaitan semestinya bertindak secara bijak dan efisien agar banjir yang melanda pada setiap tahun tidak lagi mengundang korban yang memilukan, bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.





Usaha yang Dilakukan Untuk Menjayakan Tahun Melawat Malaysia

Gambar di bawah menunjukkan sambutan Tahun Melawat Malaysia. Tulis sebuah karangan tentang usaha yang dilakukan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • negara sebagai pusat pelancongan
  • Tahun Melawat Malaysia 2011
Isi:
  • perkenalkan kepada pelancong warisan negara
  • penganjuran pelbagai pertandingan antarabangsa - LIMA, F1, Le Tour de Langkawi
Penutup:
  • memperoleh keuntungan menerusi kemasukan wang asing


CONTOH KARANGAN

Negara kita Malaysia sudah terkenal seantaro dunia sebagai sebuah tempat pelancongan. Sehubungan itu, pihak kerajaan telah mempromosikan negara kita sebagai Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2011. Pelbagai cara menarik telah diadakan dalam usaha menarik pelancong datang ke Malaysia.
     
     Antara usaha yang dijayakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Kekkwa) ialah memperkenalkan semula warisan negara kepada pelancong asing. Usaha gigih di bawah naungan YB Datuk Rais Yatim telah bertindak mengkomersilkan warisan negara seperti batik, songket, dan kraf tangan. Dengan cara ini nama negara kecil lagi terpencil seperti Malaysia terkenal serata dunia sekali gus berjaya menjual produk tempatan kepada dunia luar.

     Penganjuran pelbagai pertandingan yang melibatkan negara luar juag secara tidak langsung dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Antara pertandingan bertaraf antarabangsa ialah Pertandingan Lumba Kerata F1 di Litar Lumba Sepang. Selain itu, Le Tour de Langkawi turut memperkenalkan tempat-tempat lain di seluruh Malaysia. Manakala LIMA yang diadakan pada setiap tahun di Langkawi berjaya menghimpunkan para penggemar bidang aeroangkasa.

     Kesimpulannya, kejayaan negara dalam pelbagai bidang telah berjaya mempromosikan negara Malaysia. Melalui TMM, negara berjaya memperoleh keuntungan menerusi kemasukan wang asing dan penggunaan pelbagai prasarana yang terdapat di Malaysia. Semoga usaha ini akan berterusan dan terus membawa kejayaan kepada negara.

Langkah-langkah Mencegah Selesema H1N1 di Negara Kita

Poster di bawah menunjukkan langkah-langkah pencegahan Selesema H1N1 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah mencegah Selesema H1N1 di negara kita. Panjang karangan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:
  • Wabak selesema H1N1 melanda dunia - membimbangkan masyrakat - hingga membawa maut.
  • Langkah-langkah yang disenaraikan:
Isi:
  • Menjaga kebersihan diri - membasuh tangan dengan betul - selepas ke tandas dan lain-lain
  • Mengehad pergerakan kita ke tempat awam - pakai penutup hidung dan mulut
Penutup:
  • Pencegahan awal mampu menyelematkan nyawa - sediakan payung sebelum hujan


CONTOH KARANGAN

Pandemik selesema H1N1 yang melanda dunia kini sungguh membimbangkan masyarakat dunia. Virus ini menyebabkan mangsa menghidapi selesema dan batuk yang berpanjangan dan mampu membawa maut. Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh kita amalkan untuk mencegah virus ini daripada terus merebak.

     Pertama, kita harus sentiasa menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan kita dengan sabun basah dan air yang mencukupi. Amalkan kaedah membasuh tangan yang betul selepas ke tandas, sebelum makan, semasa menyediakan makanan dan pada bila-bila masa tangan kita kotor.

     Seterusnya, kita haruslah mengehadkan pergerakan kita ke tempat awam yang penuh dengan orang ramai seperti di pusat membeli-belah, stesen bas dan panggung wayang. Jika tidak dapat dielakkan daripada berada di tempat awam, pakailah penutup mulut dan hidung.

     Tuntasnya, pencegahan awal mampu menyelematkan kita daripada dijangkiti virus berbahaya ini bak kata pepatah sediakan payjng sebelum hujan.



Khamis, 15 November 2012

DIARI / CATATAN HARIAN

Teknik Menjawab Soalan

  1. Diari juga dikenal sebagai catatan harian yang biasanya dicatat seorang sebelum tidur atau pada masa lapag tentang segala kejadian yang menarik pada hari berkenaan.
  2. Diari bersifat peribadi dan bahasa yang digunakan juga tidak begitu rasmi berbanding dengan jenis karangan yang lain. Namun begitu, bahasa pasar tidak digalakka memandangkan satu daripada tujuan menulis diari adalah melatih seseorang agar mahir dalam penulisan samping merakamkan peristiwa penting yang berlaku terhadap diri sendiri.
  3. Lumrahnya hanya peristiwa yang penting atau menarik yang berlaku akan dicatat dalam diari.
  4. Dari segi struktur, karangan jenis diari mempunyai:
    (a) tarikh / hari / waktu
    (b) peristiwa yang penting
  5. Catatan diari dalam satu waktu atau satu hari boleh ditulis dalam satu perenggan.
  6. Berbeza dengan struktur karangan biasa yang lain, mencatat diari tidak perlu diadakan bahgian pengenalan, isi dan penutup secara jelas. Walau bagaimanapun, catatan itu memiliki pengnalan, isi dan penutupnya yang tersendiri.
  7. Kebanyakan orang kenamaan atau tokoh terkenal dunia gemar menulis diari. Segala peristiwa penting yang dicatat akan menjadi rujukan pada hari muka seseorang. Dengan kata lain, seseorang pencatat diari haruslah jujur semasa mencata peristiwa dan perasaannya.

FORUM

Teknik Menjawab Soalan

  1. Forum merupakan majlis perbincangan mengenai sesuatu perkara atau persoalan.
  2. Lumrahnya sesuatu forum terdiri daripada seorang Pengerusi Majlis dan beberapa orang kemputan khas untuk membincangkan seusuatu isu semasa atau topik yang menarik perhatian umum.
  3. Mereka yang terlibat dalam forum juga sering bertukar pendapat.
  4. Pendapat yang ditanyakan haruslah merupakan pendapat yang membina.
  5. Cuba kemukakan pendapat yang menarik dan tept kepada kehendak soalan.
  6. Anda juga memerlukan pengetahuan yang luas berhubung dengan kehendak soalan yang ditanya.

PERBAHASAN

Teknik Menjawab Soalan

  1. Membahaskan bermaksud mengemukakan hujah masing-masing sama ada menyokong atau menentang sesuatu hal atau perkara.
  2. Terdapat dua jenis karangan jenis perbahasan, jika dipertandingkan, karangan ini menjadi karangan berformat, iaitu haris dimasukkan kata-kata menghadap majlis dan kata-kata selangan.
  3. Jika sesuatu karangan perbahasan tidak dipertandingkan, anda hanya menyatakan pendirian anda sama ada menyokong atau menentang sesuatu isu atau perkara tanpa memerlukan kata-kata menghadap majlis dan kata-kata selangan. Dengan kata lain, karangan ini merupakan karangan tidak berformat.
  4. Dalam kedua-dua jenis karangan perbahasan, jika penulis berada di pihak pencadang atau penyokong, kemukakan hujah-hujah yang menyokong sesuatu isu atau perkara secara habis-habisan. Jika menentang, menentanglah secara habis-habisan juga.

UCAPAN

Teknik Menjawab Soalan

  1. Ucapan bermaksud apa sahaja yang diucapkan (Kamus Dewan). Umpamanya syarahan dan pidato juga tergolong sebagai "ucapan". Karangan jenis ucapan yang dimaksudkan dalam bahagian ini lebih kepada kata-kata yang mengandungi harapan supaya selamat, kata-kata yang menyatakan rasa terima kasih dan kata-kata yang diucapkan dalam sesuatu majlis.
  2. Ucapan yang bakal ditulis bergantung kepada situasi tertentu sama ada teks ucapan dibaca dalam majlis perasmian, perpisahan, keraian atau majlis-majlis lain.
  3. Isi kandungan ucapan juga terbentuk daripada pendahuluan, perkara-perkara penting, dan penutup.
  4. Format ucapan terdiri daripada "kata alu-aluan", "kata-kata selangan", dan "penutup ucapan". Lihat contoh-contoh karangan yang disertakan.

DIALOG

Teknik Menjawab Soalan

  1. Perbualan atau percakapan antara dua atau lebih dariapda dua pihak merupakan dialog belaka. Namun demikian, anda dinasihat memberikan tumpuan kepada perbualan antara dua pihak agar hasil dialog anda itu tidak mengelirukan pembaca.
  2. Dalam perbualan biasa, kedua-dua pihak boleh saling bertanyakan soalan, memberikan pendapat, menyatakan masalah memberi nasihat, cadangan, dan banyak lagi.
  3. Jika dialog yang dicipta melibatkan dua orang sahabat, dua orang rakan sekerja, antara rakan sekampung ataupun kawan yang baru dikenali di dalam bas atau semasa pertandingan permainan persahabatan diadakan adalah tidak berapa formal.
  4. Dalam perbualan yang tidak formal maka penggunaan bahasanya juga tidak begitu formal. Singkatan seperti "dah" untuk sudah, "tak" untuk tidak, "ni" untuk ini dan banyak lagi boleh digunakan.
  5. Anda juga perlu menetapkan nma untuk pelaku yang akan berbual nanti dan mencatatkan isi-isi perbualan yang bersesuaian dengan kehendak soalan.

BERITA

Teknik Menjawab Soalan

  1. Berita yang terdapat dalam surat khabar secara umumnya melaporkan sesuatu hal, peristiwa atau kejadian yang telah berlaku.
  2. Antara jenis berita yang sering disiarkan dalam akhbar ialah berita sukan, berita semasa, berita tempatan, berita kemalangan, dan berita-berita lain.
  3. Umumnya, sesebuah berita mempunyai format seperti berikut:
    (a) tajuk,
    (b) tempat dan tarikh,
    (c) isi berita utama,
    (d) huraian berita.
  4. Antara perkara yang haris diberikan tumpuan oleh penulis berita ialah:
    (a) peristiwa yang terjadi,
    (b) bila,
    (c) tempat kejadian,
    (d) siapa yang terlibat,
    (e) apa kesudahannya.
  5. Sesuatu laporan berita haruslah menurut urutan. Ikutilah format berita semasa menulis karangan jenis berita.

BERITA

Teknik Menjawab Soalan

  1. Berita yang terdapat dalam surat khabar secara umumnya melaporkan sesuatu hal, peristiwa atau kejadian yang telah berlaku.
  2. Antara jenis berita yang sering disiarkan dalam akhbar ialah berita sukan, berita semasa, berita tempatan, berita kemalangan, dan berita-berita lain.
  3. Umumnya, sesebuah berita mempunyai format seperti berikut:
    (a) tajuk,
    (b) tempat dan tarikh,
    (c) isi berita utama,
    (d) huraian berita.
  4. Antara perkara yang haris diberikan tumpuan oleh penulis berita ialah:
    (a) peristiwa yang terjadi,
    (b) bila,
    (c) tempat kejadian,
    (d) siapa yang terlibat,
    (e) apa kesudahannya.
  5. Sesuatu laporan berita haruslah menurut urutan. Ikutilah format berita semasa menulis karangan jenis berita.

WAWANCARA

Teknik Menjawab Soalan

  1. Menulis wawancara bersifat lebih formal berbanding dengan menulis dialog atau perbualan biasa.
  2. Elakkan penggunaan loghat tempatan, bahasa pasar, dan singkatan yang sering muncul dalam perbualan biasa.
  3. Wawancara melibatkan dua orang. Seorang menyoal (pewawancara) dan seorang lagi menjawab (tokoh yang ditemu bual). Pewawancara boleh diberikan panggilan seperti "Editor", "Pemberita", "Wartawan" atau nama orang. Tokoh yang ditemy bual pula boleh terdiri daripada namanya yang sebenar atau panggilan lain seperti "Olahragawan", "Tokoh Guru", "Ketua Pengawas" dan banyak lagi.
  4. Panggilan yang sopan seperti Tuan, Haji, Encik, Puan, dan Cik haruslah digunakan kepada tokoh yang tidak mempunyai pangkat, manakala gelaran seperti Datuk, Tan Sri, Tun, Y.B., dan gelaran-gelaran lain haruslah digunakan bagi mereka yang berpangkat.
  5. Anda boleh masukkan pengenalan yang ringkas sebelum menulis wawancara yang selengkapnya.
  6. Walaupun wawancara terbentuk daripada satu pihak yang bertanya dan satu pihak yang menjawab, soalan-soalan dan jawapan yang dibentuk juga terdiri daripada bahagian pengenalan (ucapkan salam, tahniah dan banyak lagi) diikuti dengan isi-isi wawanacara dan disertai dengan pendapat, nasihat, dan penutup wawancara.

CERAMAH

Teknik Menjawab Soalan

  1. Karangan jenis ceramahh merujuk kepada teks ucapan yang membicarakan sesuatu perkara.
  2. Lumrahnya, penceramah merupakan orang yang berpengetahuan tentang perkara yang akan dibincangkan. Seorang doktor pergigian sebagai contoh akan berceramah tentang pencegahan kerosakan gigi, seorang ahli Kelab Pencinta Alam akan membicarakan masalah pencemaran alam sekitar dan banyak lagi.
  3. Dari segi format, mulakan ceramah anda dengan kata alu-aluan mengikut protokol. Anda haruslah tahu siapakah penonton yang berada dalam sesuatu majlis ceramah.

SYARAHAN

Teknik Menjawab Soalan

  1. Dalam Kamus Dewan, "syarahan" disamaertikan dengan ucapan, pidato, dan ceramah. Bersyarah juga bermaksud memberi ceramah, berpidato, dan berucap. Anda jangan keliru akan perbezaan antara keterangan, huraian, penjelasan, dan ulasan tentang sesuatu perkara atau hal.
  2. Dari segi format, keempat-empat jenis karangan ini agak serupa, yang berbeza situasinya sahaja. Formatnya terdiri daripada:
    (a) kata alu-aluan,
    (b) pengenalan ucapan,
    (c) isi-isi ucapan,
    (d) penutup ucapan,
    dan antara perkara (b)-(d), diselitkan kata-kata selangan. Ada kalanya syarahan dan pidato dipertandingkan. Dalam kes ini, anda cuma masukkan "barisan panel hakim" dalam kata alu-aluan anda. Rujuk contoh-contoh syarahan yang diberikan.

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Teknik Menjawab Soalan

  1. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi dan dihantar kepada rakan, sahabat pena, saudara-mara, ibu, bapa, datuk, nenek dan seumpamanya.
  2. Jenis-jenis surat kiriman rasmi yang biasa terdiri daripada:
    (a) surat berbual-bual dan bertanya khabar,
    (b) surat ucapkan tahniah,
    (c) surat memberikan nasihat, menyatakan masalah peribadi dan banyak lagi.
  3. Format - rujuk contoh karangan yang disertakan.
  4. Senarai panggilan hormat bagi penerima dan pengirim:

    PENERIMA          SAPAAN PENERIMA          SAPAAN PENGIRIM
    Datuk                      Nenda                                      Cucunda
    Nenek                     Nenda                                      Cucunda
    Ibu                          Bonda                                      Anakanda
    Bapa                       Ayahanda                                 Anakanda
    Guru                       Cikgu/Ustaz/Ustazah                 Saya
    Kakak/Abang         Kakanda                                   Adinda
    Adik                       Adinda                                      Kakanda
    Sahabat                  Saudara/Saudari                        Saya
    Cucu                      Cucunda                                    Nenda
    Anak                      Anakanda                                  Ayahanda/Bonda

Selasa, 13 November 2012

SURAT KIRIMAN RASMI

Teknik Menjawab Soalan

  1. Surat kiriman rasmi bersifat formal. Formal bermaksud menurut peraturan dari segi bentuk, ciri-ciri, cara dan sebagainya. Ini bermaksud anda haruslah mengikut segala ciri surat kiriman rasmi yang sebenarnya.
  2. Terdapat beberapa jenis surat kiriman rasmi menurut fungsinya. Antaranya ialah:
  • surat permohonan jawatan
  • surat membuat aduan
  • surat membuat rayuan
  • surat jemputan
  • surat bantahan dan banyak lagi
    3.   Pastikan nama penerima surat anda itu tepat. Kalau penerima surat mempunyai gelaran seperti "Haji", "Tan Sri", "Datuk Profesor", "Dr." dan banyak lagi, janganlah tinggalkan gelaran mereka. Orang kenamaan yang mempunyai pangkat juga harus digunakan rujukan kehormat seperti "Yang Berhormat" digunakan untuk wakil rakyat, "Yang mulia" dan "Yang berusaha" digunakan untuk pegerusi dan jawatan penting lain dalam sesuatu pertubuhan atau institusi. "Yang Amat Berhormat" untuk Perdana Menteri.
   4.    Ungkapan-ungkapan yang biasanya digunakan pada awal ayat adalah seperti:
  • Merujuk perkara yang tersebut di atas,
  • Merujuk iklan yang disiarkan oleh pihat tuan dalam...,
  • Mengikut makluman yang disampaikan...,
  • Berkenaan dengan perkara tersebut...,
  • Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa...,
  • Seperti tuan/puan sedia maklum...,
  • Sukacita dimaklumkan bahawa...,
  • Dukacita dimaklumkan bahawa...,
   5.    Penanda matlamat:
  • Untuk pengetahuan tuan,
  • Untuk makluman tuan,
  • Untuk pertimbangan tuan,
   6.    Penanda wakil seseorang:
  • Bagi pihak rakan-rakan sejawat saya, saya ingin...
  • Bagi pihak penduduk Kampung Sena, saya ingin menarik perhatian pihak tuan...
  • Bagi pihak mangsa banjir...
   7.    Ungkapan-ungkapan yang biasa muncul pada akhir surat:
  • Atas kerjasama tuan itu, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
  • Saya merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan tuan itu.
  • Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
  • Sekian untuk perhatian dan makluman tuan.
    8.   Gunakan "Yang menjalankan tugas," atau "Yang benar," sebelum anda menurunkan tandatangan pada akhir surat. Elakkan penggunaan "Yang ikhlas," kerana "Yang ikhlas," digunakan dalam surat peribadi.
    9.   Format surat kiriman rasmi - rujuk kepada contoh-contoh yang disertakan.

LAPORAN

Teknik Menjawab Soalan

  1. Melapor bermaksud memberitahu sesuatu hal atau kegiatan yang telah berlaku atau berlaku kepada orang ramai atau pihak yang berkenaan.
  2. Sesuatu laporan haruslah mengandungi maklumat dan perkara dan digaris di bawah tajuk.
  3. Format sesebuah laporan ialah:
  • TAJUK LAPORAN: Pengenalan, perkara-perkara penting, dan penutup kepada laporan.
  • ISI KANDUNGAN LAPORAN: Ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan yang terakhir. Huruf pertama pada kata pertama berhuruf besar dan tanda koma dibubuh selepas pengakuan tersebut. Contoh: "Laporan disediakan oleh," atau "Yang melapor".
  • TARIKH LAPORAN: Di sebelah kanan bertentangan dengan "Pengakuan pelapor".
  • NAMA PELAPOR: Ditulis sepenuhnya dengan huruf besar dalam kurungan selepas tandatangan.
  • JAWATAN PELAPOR: Ditulis di bawah "Nama Pelapor" dengan nama persatuan/kelab diikuti dengan lamat sekolah/persatuan.
  • Karangan jenis ini keluar dalam *PMR 2009*.

Isnin, 12 November 2012

PENDAPAT

Teknik Menjawab Soalan

  1. Ungkapan yang muncul dalam kehendak soalan seperti "Pada pendapat anda" (PMR '94, '98, '99), "Tulis pendapat anda" (PMR '96), "Apakah pendapat anda" (PMR '93), dan "Terangkan pendapat anda" (PMR '01) jelas menunjukkan bahawa anda dikehendaki menulis karangan jenis pendapat. Selain itu, frasa "pada anda" juga membawa maksud "pada pendapat anda".
  2. Pendapat bermaksud kesimpulan yang dibuat daripada berfikir. Dengan kata lain, apa yang diperkatakan oleh anda itu membayangkan sikap dan pendirian anda tentang sesuatu perkara yang ditanya.
  3. Pendapat yang anda berikan haruslah logik dan sesuai dengan kehendak soalan karangan.
  4. Pendapat yang bakal anda kemukakan juga haruslah disokong dengan huraian yang boleh meyakinkan pembaca.
  5. Dalam kehidupan seharian anda, biasakan memberi pendapat anda tentang sesuatu isu semasa seperti: Haruskah guru merotan pelajar? Perkhidmatan Internet mendatangkan kebaikan? Haruskah manusia berperang? dan banyak lagi.     

Selasa, 6 November 2012

RENCANA

Teknik Menjawab Soalan

  1. Erti yang didaftarkan dalam Kamus Dewan untuk kata "rencana" ialah "karangan", "cerita", dan "minit mesyuarat". Biasanya, karangan jenis rencana yang dimaksudkan merupakan karangan biasa mengenai sesuatu perkara yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah. Karangan yang sedemikian mencerminkan pendapat surat khabar atau majalah berkenaan.
  2. Dengan kata lain, anda dikehendaki menulis sebuah larangan biasa tentang sesuatu perkara atau isu. Sebaik-baiknya, rencana yang anda tulis itu seolah-olah mencerminkan pendapat sesuatu akhbar atau majalah. 
  3. Berikan pendapat atau pendirian anda terhadap sesuatu isu atau perkara yang ditanyakan mengikut kehendak soalan. Anda harus sentiasa berlatih untuk menyatakan fikiran anda terhadap sesuatu isu semasa.
  4. Walaupun rencana merupakan karangan jenis tanpa format, namun rencana yang terdapat dalam surat khabar dan majalah biasanya diberikan tajuk.

PENERANGAN / PENJELASAN / HURAIAN

Teknik Menjawab Soalan

  1. Umumnya, kata "terangkan", "jelaskan", dan "huraikan" membawa maksud memberikan keterangan panjang lebar lagi teratur untuk menjelaskan sesuatu perkara, masalah, pendapat, dan kedudukan. Oleh yang demikian, ketiga-tiga jenis pertanyaan ini digolongkan dalam satu himpunan yang sama di bahagian ini.
  2. Anda mungkin diminta untuk menerangkan cara-cara menggunakan kemudahan awam dengan kehendak soalan yang berbunyi: "Huraikan faedah-faedah yang akan anda dapati..." (PMR '99) menunjukkan bahawa anda haruslah memberikan penerangan / huraian / penjelasan tentang sesuatu perkara yang ditanya. Frasa "Terangkan pendapat anda itu" (PMR '01)  meminta anda memberikan "penerangan" kepada "pendapat" anda pula.
  3. DEngan kata lain, karangan jenis ini meminta anda memberikan penerangan, penjelasan atau huraian tentang sesuatu perkara yang ditanya dengan sejelas-jelasnya. Jika isi-isi karangan yang anda kemukakan itu kabur, maka anda gagal memberikan penerangan yang diharap-harapkan itu.
  4. Karangan jenis ini pernah disoal dalam peperiksaan PMR 2009.

PERIBAHASA

Teknik Menjawab Soalan

  1. Anda haruslah memahami maksud peribahasa sebelum menjawab soalan ini.
  2. Penulis karangan boleh gunakan kaedah huraian atau penceritaan dalam menulis tajuk karangan jenis peribahasa.
  3. Antara perkara yang harus diberikan tumpuan jika kaedah huraian digunakan:
(a) menjelaskan maksud peribahasa,
(b) nyatakan nilai peribahasa,
(c) kaitkan peribahasa yang diberikan dengan beberapa contoh yang berlaku dalam kehidupan masyarakat        
     yang sebenarnya,
(d) berikan pendapat anda tentang kesesuaian peribahasa dengan kehidupan masyarakat kini.
     
     4.   Kaedah penceritaan:
  • keseluruhan cerita haruslah dapat menjelaskan maksud, nilai, dan unsur pengajaran yang terdapat dalam peribahasa melalui cerita yang direka.
  • anda boleh mereka cerita atau berdasarkan pengalaman yang pernah anda alami.
  • cara menulis mirip kepada karangan jenis penceritaan.
     5.   Dengan kreativiti yang ada pada anda, anda boleh menggabungkan kaedah huraian dan kaedah
           penceritaan dalam menulis karangan jenis peribahasa ini. 

FAKTA

Teknik Menjawab Soalan

  1. Fakta merujuk kepada kenyataan atau peristiwa yang benar-benar terjadi. Dengan kata lain, karangan jenis fakta haruslah diberikan isi atau kejadian yang benar.
  2. Penulis haruslah mempunyai maklumat yang sebenarnya mengenai sialan yang ditanya.
  3. Isu-isu semasa juga mengandungi fakta yang benar.
  4. Sewaktu menyusun perenggan isi, fakta yang paling penting didahulukan.
  5. Jang sekali-kali memasukkan isi yang berdasarkan imaginasi anda.
  6. Pastikan anda mempunyai fakta yang mencukupi semasa memilih tajuk karangan yang berdasarkan fakta.

GAMBARAN

Teknik Menjawab Soalan

  1. Karangan jenis ini meminta anda memerihalkan sesuatu kejadian, peristiwa, suasana, dan banyak lagi.
  2. Tumpuan anda adalah menggambarkan kejadian, peristiwa, dan suasana seolah-olah anda pernah mengalaminya.
  3. Anda harus mempunyai penelitian yang tajam, kalau tidak pun anda harus memiliki imaginasi yang tajam terhadap kehendak soalan.
  4. Anda harus memerihalkan kehendak soalan dengan jelas dan menarik.
  5. Elakkan teknik penyampaian yang berulang-ulang. Tindakan ini akan membosankan pembaca.
  6. Gunakan struktur umum karangan kenis penceritaan yang memiliki pengenalan, kemuncak, dan penyelesaian cerita.

PERBINCANGAN

Teknik Menjawab Soalan

  1. Pada dasarnya, istilah "berbincang" membawa maksud bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain mengenai sesuatu perkara yang penting, manakala istilah "membincangkan" pula bermaksud memperkatakan atau membicarakan sesuatu perkara yang penting.
  2. Kata "bincangkan" yang muncul dalam kehendak soalan jelas meminta anda menulis karangan jenis perbincangan.
  3. Umumnya, anda dikehendaki membicarakan atau memperkatakan sesuatu perkara yang penting dalam menghasilkan karangan jenis perbincangan ini di samping mengemukakan pendapat anda pada ketika yang sesuai.
  4. Dalam membuat persediaan untuk menulis karangan jenis perbincangan, anda haruslah memupuk tabiat banyak membaca surat khabar, majalah, dan buku. Tumpukan perhatian anda kepada isu-isu semasa.
  5. Biasakan diri anda membincangkan sesuatu isu semasa seperti pencapaian sukan negara, akibat kenaikan tambang bas, isu peperangan yang terkini, dan banyak lagi tajuk yang boleh dibincangkan dengan rakan atau guru anda.

Isnin, 5 November 2012

PENCERITAAN / CEREKA

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

  1. Kehendak soalan karangan jenis penceritaan biasanya mengandungi ungkapan-ungkapan seperti ceritakan pengalaman anda itu (PMR 2001, 1999 ...), ceritakan langkah-langkah yang telah diambil untuk memulihkannya (PMR 1998), dan tulis pengalaman anda itu (PMR 1993). Didapati bahawa dalam PMR, pelajar sering diminta agar menceritakan pengalamannya dalam sesuatu hal yang pernah dialaminya atau aktiviti kokurikulum yang pernah diikutinya.
  2. Semasa menulis karangan jenis ini, anda haruslah menceritakan pengalaman dalam sesuatu perkara (berdasarkan kehendak soalan) yang dapat menarik minat pembaca. Jika anda tidak mempunyai pengalaman yang sebenarnya sebagaimana yang diminta dalam kehendak soalan, anda harus menggunakan daya imaginasi anda.
  3. Bisanya, gunakan "aku" atau "saya" sebagai watak utama semasa bercerita. Elakkan daripada mencipta terlalu banyak watak yang akan menjejaskan jalan cerita anda kelak. 
  4. Dalam penceritaan sesuatu pengalaman, anda perlu memperkenalkan pengalaman anda, selepas itu memikirkan perkara-perkara menarik (isi) yang berkaitan dengan pengalaman anda dalam sesuatu aktiviti atau hal diikuti dengan penutup yang menarik.
  5. Dalam karangan bentuk cereka (cerita rekaan) pula, sesebuah cereka yang biasa haruslah mempunyai bahagian seperti permulaan cerita, kemuncak dan  penyelesaian.
  6. Di bahagian permulaan, anda boleh memperkenalkan satu kejadian yang berkait dengan kehendak soalan. Gunakan kreativiti anda untuk menarik perhatian pembaca agar terus membaca cerita anda itu.
  7. Selepas pengenalan, anda boleh mula memperkenalkan perkara-perkara atau kejadian yang akan membawa konflik atau masalah kepada watak utama.
  8. Di bahagian kemuncak pula, konflik watak utama sudah pun sampai ke tahap puncaknya. Hal ini penting untuk mencari jalan penyelesaian untuk konflik yang dihadapi oleh watak utama.
  9. Di bahagian penyelesaian, konflik yang dihadapi oleh watak utama sudah dapat diatasi. Sertakan unsur-unsur pengajaran atau nilai moral dalam bahagian penyelesaian. Sebagai contoh, watak utama sudah berasa kesal akan kesalahannya. Ataupun anda boleh sertakan penyelesaian yang menggembirakan (happy ending) dan banyak lagi.
  10. Selain watak dan jalan cerita, sesebuah cerita juga mengandungi latar masa (yang lampau, kini atau pada masa yang akan datang), dan latar tempat (semasa temasya sukan, di kampung, tempat kejadian kemalangan...).
  11. Cuba cipta dialog yang menarik. Anda juga dapat menghasilkan cerita yang menarik tanpa dialog. Elak daripada menggunakan bahasa pasar atau loghat daerah masing-masing.
  12. Anda harus banyak membaca cerpen atau novel untuk mempelajari gaya bahasa sastera penulis cerpen atau novel yang terkenal.

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Teknik Menjawab Soalan

  1. Soalan bahagian ini wajib dijawab oleh calon. Tiada pilihan soalan untuk bahagian ini.
  2. Calon perlu memahami arahan / kehendak soalan.
  3. Perhati dengan teliti bahan rangsangan yang diberikan
  4. Calon dikehendaki mengemukakan sekurang-kurangnya dua isi.
  5. Karangan yang ditulis mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  6. Cadangkan masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 25 minit.
  7. Markah penuh untuk bahagian ini ialah 20 markah.

Teknik Menulis Karangan Cemerlang

Teknik Menulis Karangan Cemerlang.


1. Bahasa

Anda mesti menulis karangan dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua orang. Karangan yang cemerlang mempunyai kata-kata yang indah seperti peribahasa.

2. Ayat

  • Pastikan anda menulis ayat yang betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Semasa membuat latihan mengarang, sering bertanya kepada guru dan berbincang dengan rakan sekelas anda.
  • Cuba hasilkan ayat yang berbagai-bagai ragam seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, ayat aktif, ayat pasif, dan banyak lagi. Cara yang terbaik ialah sejak dari awal-awal lagi anda haruslah berusaha menghasilkan ayat yang berbagai-bagai ragam semasa membuat latihan mengarang yang diberikan oleh guru anda.
  • Elakkan menulis ayat yang panjang dan mengelirukan pembaca. Gunakan tanda baca yang sesuai di bahagian tertentu dalam ayat.
  • Seperkara lagi yang penting tentang menghasilkan ayat dalam penulisan karangan adalah berbeza dengan penulisan ayat yang biasa. Maksudnya, penulisan karangan tidak berhenti setakat satu ayat sahaja, anda harus menghasilkan beberapa baris ayat yang hasilnya dikenali sebagai "perenggan". Dengan kata lain, anda dikehendaki menghasilkan ayat-ayat yang ideanya berkaitan antara satu sama lain bagi menunjukkan kesinambungan idea.

3. Kosa kata / Perbendaharaan kata

Gunakan kosa kata yang pelbagai dan berkesan agar tidak mengelirukan pembaca. Anda haruslah sentiasa menyemak kamus untuk mempelajari berbagai-bagai kosa kata. Semakin banyak kosa kata yang anda ketahui bermakna anda mempunyai pilihan kosa kata yang banyak semasa menulis karangan kelak.

4. Peribahasa / Simpulan bahasa

Masukkan peribahasa dan simpulan bahasa yang sesuai di mana-mana bahagian perenggan yang sesuai. Seperti juga dengan cara belajar kosa kata, anda haruslah menghafal beberapa baris peribahasa atau pepatah untuk digunakan dalam aktiviti penulisan karangan anda.